Monday 2 May 2011

yay! post pertama yg indah purnama!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh !!
   

okay

 1st time ada block blog.. semacam seronok lah.. walaupon tak tahu apa nk buat..  saya ber blog pada asalnya atas dasar teramat sunggoh betapa paling nian bosan..(tatabahasa ke laut) .. ini pon sebab akak saya tolong (lah sangat!) sebab sesunggohnya saya teramat kuno ditambah lagi watak tambahan sebagai  katak di bawah tempurong.. 

Idea ini juga telah diilhamkan oleh blog seorang tabligh di skolah saya (ya saya skolah agama) .. sunggoh bermanfaat lagi mulia blog beliau dengan pelbagai sumber dan topik yang menarik kalbu saya untok teros membaca dan teros membaca dan membaca lagi sehingga terasa rabun (padahal mmg dah buta dari kecik) dan berpinar pinar mata kasar saya ini..

Bagi blogger blogger tegar lagi ketagih yang membaca akan blog bosan saya ini ,
sila beri tunjok ajar dan komen mana yang perlu.. saya amat sunggoh mengalu alukan komen yg membina , tajam , pedas serta membunoh haiwan haiwan jinak di kawasan perumahan (tiada kaitan dan sekali lagi tatabahasa berterabur) 
maafkan saya Cikgu Bahasa Melayu  :P

5 comments: