Monday 2 May 2011

kerana mu Apple !

perkara ni dah lama berlaku. err takde laa lama sangat pun. baru dalam 3 4 minggu (lama ke tak?) okay kisah bermula begini. pada suatu hari yg sangat hening lagi bercuaca cerah. saya ke stesen KTM berdekatan rumah keluarga angkat saya ditemani kembar saya yakni emran. hal ini kerana saya ingin pulang ke rumah saya berjauhan dari sana. selepas membeli tiket untok ke serdang, saya pun masok dalam dan tunggu ketapi lah. saya memang suka naik public transport sebab ia amat jimat dan mampu menjana ekonomi negara kita yakni Malaysia. malah ia juga amat memjimatkan masa kita dengan menunggu dan menunggu public transport tersebut sampai berpeluhpeluh dan rasa seperti baru lepas bersukan. sungguh sihat kn? (damn it i'm lying) 


okay. seperti biasa jika saya keseorangan, saya akan memainkan pemain musik saya yakni iPod touch. dan seperti kebiasaan saya juga, saya akan dengar full volume (tak lama lagi pekak bisu lah aku). bila saya masok dan dudok je dlm ketapi tersebot, suma orang dlm ketapi tu memandang slack, sinis, tajam, lagi mengancam ketenteraman awam terhadap diri hina saya ni. ouh. musik kuat sangat rupanya. tapi apa saya kesah. saya punya telinga saya punya suka laaa nk dengar kuat mana kan? dengan slumber saya pergi dudok kt tempat kosong sebelah satu couple melayu sambil dengar iPod tersebut dengan membuat muka Faizal Tahir. (dah suma orang pandang, kne buat muka artis doe)


biasalah dalam train mesti ada pakcik2 yang syok sembang kan? adalaa sorang pakcik ni(melayu) saya namakan sebagai AB dok syok sembang dengan sorang lagi pakcik ni(india) yang mana saya namakan sebagai AC (dah mcm AC Mizal pulak, ahh mampos). sambil2 saya duk melayan lagu dan tukar2 lagu ni, dah nama iPod touch msti laa slide kn. ada laa brader sebelah saya usha cilaka dekat saya, ahh dengki lah tu(bisik hati mulia saya). tak kesah lah brader tu, senang cita pegi mampos lah dia. syok duk main slide2 , si AB ni saya nampak(tak dengar sbb dgr lgu kuat sgt) duk gagau2 poket kanan dia. ni mesti nk kuar hnset ni (bisik saya). lepas tu dengan slumber pakcik tu keluar hnset dia. pergh! orang tua ni pakai iPhone4 lah siaa. sure kaya pakcik ni.(jerit saya dalam hati). yelaa. maybe tak kaya kott tapi orang tua pakai iPhone4? jiwa muda tu weyy (bagi aku laa). okay laa saya pon sambong laa dgr lagu2 nasyid saya.(cehh)


pastu si AB ni bingkas bangon skali lagi dan gelabah menggagau2 poket kiri dia pulak. ni msti cari earphone ni (fikir saya dgn rasa rendah diri terhadap AB) ouh tidak sama sekali. AB bwk kluar iPhone4 sbjik lagi rupanya. aii pakcik ni tauke hnset ke apa? dah laa dua hnset, iPhone4 lak tu dua2. ni sah orang kaya. takpon lembu kaya pasal perut sumpah besau tak ingat (mengata plak, dosa2). si AB ni plak buat slumber jawab call bila abis je call je pegang dua2 iPhone4 dia tu sambil dudok megah lagi riak dan takabur. si AC ni plak yang tadi duk rancak bersembang dgn AB ni teros diam dan buat2 tak kenal sambil usha panas kt AB. india ni mesti dengki gila babas (kata saya). apa yang sangat sangat saya tak lupa ialah, time si AB tu dudok dia duk usha saya yang sedang dengar iPod touch ni sambil senyum sinis disertai mata yang agak menganjing lagi poyo. hampeh pakcik ni menonjok depan saya rupanya. dah laa menunjok, menganjing lagi tu. dah tua tu sedar diri laa wey. dah kaya harta. budi bahasa pulak yang miskin pakcik ni (bebel suara hati saya). saya pon apalaga, bingkas bangon usha setiap pelusok train tu mungkin ada kamera di celah mana2, mana tau AB ni duk shooting iklan Apple ke tak pon bambambom ke. hampeh tiada kamera langsong. untok cover malu saya, saya dengan tenang setenang air di laut sulawesi bangon dan dudok di tempat lain yang berjaohan dari AB yg berjaya menjatohkan maruah saya itu.


saya pon dudok sambil buat muka Anuar Zain seperti taktau apa yang berlaku(padahal dah segan gila kt pakcik cilaka tu). bila saya perasan je saya dah tiba di destinasi pilihan, tanpa meninggalkan kesan mahupun pesanan teros chow dari train puaka tersebut.


sejak dari hari itu, saya pon mula merendah diri dan mnjadi amat pendiam. =.='






moral of the story? lu pikir lah sendiri!












p/s: saya nak terima kasih kepada rakan saya pacat, pedot, dan syerol kerana sanggop mem follow blog saya ini walaupon bosan. anda bila lagi? :P

4 comments:

  1. HAHAHA..DPT PON CMMNT KAT CNI!!oooppppssss..bkn CMMNT,tp KUTOK..HAHHA

    ReplyDelete
  2. lancau la i ni cerita!!!wat otak aq serabut je..

    ReplyDelete