Saturday 7 May 2011

i'm on my way, future !!



orite. post ni akan menceritakan mengenai perjalanan hidup di masa hadapan yg tiada ketahuannya. (apa kekarotan ini?) 


"wey kau dah check UPU ka blom? tgok laa dapat mana" kata salah seorang rakan saya.
"errr. dah kuar ka?aduyy. cuak seyh." matrik dah la tak dapat. kalau  mende alah ni saya tak dapat jugak insyaAllah saya masok form 6. ohh tidak mungkin. form 6 payah gilaa kott. (suma ckp gitu). ok. teros tekan link yang dibagi sahabat then teros masok no i/c. tup tup ! keluar laa mende alah yg dicipta manusia seperti ini.

tak nampak? padan muka ! :P

oohhhh eeeeeehhmmmmmmm gheeeeee ! (OMG!)


saya dapat masok UiTM dalam course undang-undang Malaya. ALHAMDULILLAH SYUKOR. walaupon pada hakikatnya saya amat mengharapkan dapat masok IIUM. takpe lah. mungkin rezeki saya kt UiTM. dah dapat tahu saya dapat UiTM, saya teros membayangkan UiTM Shah Alam. entah kenapa. lalu saya meng-hellohello rakan-rakan saya di sekitar Lembah Klang dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya (satu Malaya kott saya bgtau) yang mengatakan saya dapat UiTM Shah Alam (ckp nk best jek). ramai juga kawan-kawan seperjuangan saya mendapat tawaran drpd UiTM. maaroff a.k.a yobb dapat sama sebijot sama kos dengan saya. manakala kembar saya tu, aimran a.k.a  hensem (errr, jgn marah eh) dapat civil engineering juga di universiti sama saya. lepas dapat tahu suma org pnya keputusan saya pon offline lalu terbongkang tidor.(5petang) bangon je.(3pagi) saya terus online facebook.(dah lepas solat laa) tengok suma dak UiTM dah tahu kampus belajar masing-masing. skali lagi saya ketinggalan zaman. saya pon mintak laaa link sama rakan UiTM saya, yobb nk check mana gerangan diri ini punya kampus (apa punya ayat daa). macam biasa tekan link, masok no i/c lalu gedebak gedebuk ! keluar laaaa paparan bertuah ini.


siapa buta boleh pki sunglasses,ehh bukan. magnifying glass.

sunggoh tak sangka dapat UiTM Kuantan. hancor luloh laa jgk hati kecil saya ni. sebab saya target dapat Shah Alam, tapi apakan daya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaek untok hambaNya. lalu saya redha smbil meneguk air fresh oren buatan tangan saya sendiri. lalu saya pula me-roger rakan senior saya yg mana rumahnya terletak di Kuantan lalu menceritakan sedikit sebanyak peristiwa malang yang menimpa diri saya ni. dengan slumber rakan senior saya tu cakap 
"kalau ada kau ada masalah, kau call aku. nanti aku cuti aku datang tolong kau."  
wah wah. sungguh terharu serta bangga hati kecil ini. mendengarkan ayat mulia beliau membuatkan saya tak sabar-sabar nak masok daftar di sana.(cehhh). 


so saya kini amatlah busy seakan bibik endon kerana sudah mula mengisi borang kemasukan UiTM (padahal suroh kakak je). dalam borang keperluan tersebut ada menyatakan saya perlu meng x-ray diri saya dan membuat medical checkup. ohh tidak. bagaimana jikalau dia doktor perempuan? x-ray? errrrrr. bahaya.




p/s i : 
 bersyukorlah dengan apa yang di anugerahi Ilahi kerana sesungguhnya ada insan lebih kecewa berbanding kita. jadi tabah kan lah diri untok menempuhi apa yang telah ditetapkan oleh Allah. sesungguhnya kita lah yang akan menentukan kehidupan milik kita pada hari esok. renung-renung kan, dan selamat beramal (hampeh punya ceramah)


p/s ii :
maaf post kali ni sgt boring dan tiada lawak bodoh kerna saya sedang bingung memikirkan apa yg bakal jadi pada saya di UiTM Kuantan itu nanti. harapnya suma yg elok lah. begitu juga anda. good luck walau di mana anda berada (cewwahh).

gudluck people :D

2 comments:

  1. pergh.... budak IPTA... jelez la ngan ko.....

    ReplyDelete
  2. jangan jeles mat..everyone got its own destiny..take it and success it :)

    ReplyDelete