Friday 26 August 2011

rumah semanis kurma . .

wahhh. 
harini saya sudah tiba di rumah untuk cuti raya Aidilfitri selama seminggu yg telah diberikan oleh UiTM Kuantan di hati ku mereka :P
 nak tahu satu cerita yg lebih hangat drpd biasa ?

password facebook saya telah dilupai sejak berhari lepas (DAMN IT
oleh itu amatlah susah untuk saya online. actually mmg tak online lgsg pon. nanti saya usaha kan cara nk me martabatkan kembali profile facebook saya dgn lebih gemilang dgn bilangan rakanrakan yg berlipat kali ganda ramainya even tak kenal nk add jugak. pergi mampos lah. hahaha :D

continue later xoxo ~

Wednesday 17 August 2011

bosan kah ?

ya Allah. lama yg amat saya tinggal kan blog yang cool ini. :P
jadi, hari ni kerana cuti sempena Hari Nuzul Al-Quran so setelah siapkan drafts untuk assignments saya dengan penoh bosan membuka blog usang ini. dengan harapan palsu menunjukkan follower saya sudah menjangkau 1000++. harapan tinggal harapan. follower masih hidup di takuk yang lama. (siot bahasa mcm apa entah).
at this particular time when I'm blogging my blog is exactly have 9 days to go back home for RAYA holiday and I'm love it much <3

actually
sungguh byk cerita ceriti yg ingin dikongsi ber sama follower-follower saya tetapi masa tidak sungguh mencemburui saya. HAMPEH !  nanti sambong lagi. I'm looking forward to it baby. :D


BIARKAN !
DAAAA ~ :)

Friday 24 June 2011

*update*

sorry blog bersawang
sebab saya amatlah busy se akan
bibik indonesia di tanah malaya.
saya akan coba untuk mem blog
di masa akan datang.
jika ada kesempatan insyaAllah. :)

Saturday 7 May 2011

i'm on my way, future !!



orite. post ni akan menceritakan mengenai perjalanan hidup di masa hadapan yg tiada ketahuannya. (apa kekarotan ini?) 


"wey kau dah check UPU ka blom? tgok laa dapat mana" kata salah seorang rakan saya.
"errr. dah kuar ka?aduyy. cuak seyh." matrik dah la tak dapat. kalau  mende alah ni saya tak dapat jugak insyaAllah saya masok form 6. ohh tidak mungkin. form 6 payah gilaa kott. (suma ckp gitu). ok. teros tekan link yang dibagi sahabat then teros masok no i/c. tup tup ! keluar laa mende alah yg dicipta manusia seperti ini.

tak nampak? padan muka ! :P

oohhhh eeeeeehhmmmmmmm gheeeeee ! (OMG!)


saya dapat masok UiTM dalam course undang-undang Malaya. ALHAMDULILLAH SYUKOR. walaupon pada hakikatnya saya amat mengharapkan dapat masok IIUM. takpe lah. mungkin rezeki saya kt UiTM. dah dapat tahu saya dapat UiTM, saya teros membayangkan UiTM Shah Alam. entah kenapa. lalu saya meng-hellohello rakan-rakan saya di sekitar Lembah Klang dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya (satu Malaya kott saya bgtau) yang mengatakan saya dapat UiTM Shah Alam (ckp nk best jek). ramai juga kawan-kawan seperjuangan saya mendapat tawaran drpd UiTM. maaroff a.k.a yobb dapat sama sebijot sama kos dengan saya. manakala kembar saya tu, aimran a.k.a  hensem (errr, jgn marah eh) dapat civil engineering juga di universiti sama saya. lepas dapat tahu suma org pnya keputusan saya pon offline lalu terbongkang tidor.(5petang) bangon je.(3pagi) saya terus online facebook.(dah lepas solat laa) tengok suma dak UiTM dah tahu kampus belajar masing-masing. skali lagi saya ketinggalan zaman. saya pon mintak laaa link sama rakan UiTM saya, yobb nk check mana gerangan diri ini punya kampus (apa punya ayat daa). macam biasa tekan link, masok no i/c lalu gedebak gedebuk ! keluar laaaa paparan bertuah ini.


siapa buta boleh pki sunglasses,ehh bukan. magnifying glass.

sunggoh tak sangka dapat UiTM Kuantan. hancor luloh laa jgk hati kecil saya ni. sebab saya target dapat Shah Alam, tapi apakan daya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaek untok hambaNya. lalu saya redha smbil meneguk air fresh oren buatan tangan saya sendiri. lalu saya pula me-roger rakan senior saya yg mana rumahnya terletak di Kuantan lalu menceritakan sedikit sebanyak peristiwa malang yang menimpa diri saya ni. dengan slumber rakan senior saya tu cakap 
"kalau ada kau ada masalah, kau call aku. nanti aku cuti aku datang tolong kau."  
wah wah. sungguh terharu serta bangga hati kecil ini. mendengarkan ayat mulia beliau membuatkan saya tak sabar-sabar nak masok daftar di sana.(cehhh). 


so saya kini amatlah busy seakan bibik endon kerana sudah mula mengisi borang kemasukan UiTM (padahal suroh kakak je). dalam borang keperluan tersebut ada menyatakan saya perlu meng x-ray diri saya dan membuat medical checkup. ohh tidak. bagaimana jikalau dia doktor perempuan? x-ray? errrrrr. bahaya.




p/s i : 
 bersyukorlah dengan apa yang di anugerahi Ilahi kerana sesungguhnya ada insan lebih kecewa berbanding kita. jadi tabah kan lah diri untok menempuhi apa yang telah ditetapkan oleh Allah. sesungguhnya kita lah yang akan menentukan kehidupan milik kita pada hari esok. renung-renung kan, dan selamat beramal (hampeh punya ceramah)


p/s ii :
maaf post kali ni sgt boring dan tiada lawak bodoh kerna saya sedang bingung memikirkan apa yg bakal jadi pada saya di UiTM Kuantan itu nanti. harapnya suma yg elok lah. begitu juga anda. good luck walau di mana anda berada (cewwahh).

gudluck people :D

Thursday 5 May 2011

cartoon or drama ? you choose !

A: errr assalamualaikum, cm xdak org ja blog ni. 
B: weyy ada sudah weyy. 


nmpk begitu sungguh bersawang ini blog kan? (cehh padahal baru 3 ari tak tulis, dah poyo). okay skrg ni mmg saya ada idea nk tulis blog. tapi kan, saya tak reti nk buat ayat tu biar kasi nmpk menarik tertarik kau memang the bomb (lgu ruffedge). fikir pnya fikir. nak tulis pasal apa2 je lah (layan ehh) . saya ni kan, memang minat teramat sangat akan kartun. tp kartun yg chill, hepi, dan yang ada power2 je lah. kalau kartun transformer (yang lama gila babas tu) sumpah saya tak tengok. yelah, bapak hudoh lukisan dia. takde tarikan langsung kn? uueeeww ! kartun2 yg sumpah saya suka, minat, sure tak miss kalau rancangan dia main kt tv ialah spongebob (suka span bercakap tu,gelak cm cilaka), dragonball (koleksi komik dari kecik smpi goku tua pernah ada kott), doraemon (minat sangat poket doraemon,lgu cita dia pon sedap), dan shaun the sheep (disney chnnel)

saya amat sure ramai orang akan cakap  
'eeii, dah besar pnjg, janggot dah tebal pon tgok kartun lagi? sedar lah diri kau tu, hitam!'   dan saya akan pasti jawab
'sukati lah. apasal? nk masok tv? meh sini aku sumbat pala kau dalam tv. nak? cilaka !'  
sure dia cuak dan dah tak nak kawan dgn saya kn? apa saya kesah. saya punya dunia saya punya suka laaa. kau diam2 sudah laa. diam2 ubi berisi tau? (takde kaitan lgsg). takde lah. saya suka tengok kartun ni pasal apa tau, pasal bagi saya kan, dunia kartun ni amat indah lagi bahagia. kenapa? kerana anything possible okay. kan? ia pon sedikit sebanyak menceriakan hari saya yg muram, suram, pudar kerana ketiadaan awek (dah mula dah) dan hnset saya amatlah diam membisu  wlaupon saya tak meng-silent-kannya. hampeh betol. buat penat je topup. bila kredit kosong mulalah pelbagai jenis insan nak text. apa kejadahnya suma ini? dunia memang dunia kan? (errr, crap)

berbalik pada topik asal iaitu awek kartun. and yeah, kartun amat2 mewarnai hidup saya yang kecewa duka lara ini (dah mula lagi dah). setiap petang jam 5 saya akan terpacak dpn tv plasma hd 100' inci saya itu dan menekan remote astro saya kombinasi no 119. ya itu tv9. rncangan apa? ya si seluarkotak spanbob. tidak cukop dgn itu, saya pula menyambong siri spanbob saya pada jam 11 malam di nickelodeon channel pula yakni 612 di astro. sungguh bahagia tidak terkata dengan kehadiran spongebob, patrick star, mr crab, squidward tentacles, sandy dan watak2 sampingan yg laen (jenoh laa nak kene tulis suma, ye dok?).


                                                saya pasti anda kenal mereka mereka ini 


tidak cukop dgn itu saya sambong jam 12 malam rancangan kegemaran famili saya yakni shaun the sheep. ya satu famili(except auntie bahri n uncle suhaimi laaa)  menonton nya dan kami akan ber gelak ketawa melihat kerenah shaun dan anjing itu. sumpah kelakau gilau dan kadang2 pandai jgk si shaun tu ya? siap ada guna formula addmaths kott. apa? tak penah tengok? ya Rabbi. cuba anda tengok, skali pon jdi laa(amek ler ati saya ni). gilau kelakau saya cakap awak. ia pasti menceriakan hari anda. dan ya sekali lagi. saya menonton kartun2 itu suma. jangan nk layan sangat laa crita2 drama melayu kt tv3 tu. apa? mantera anjasmoro? syirik2. (naseb ada eja, klu tak, tak layan jgk). bagi saya drama melayu amat sangat lah tipikal. 

 

                                                  mereka mereka ini memang sangat comel 


yelahh dalam filem drama melayu (filem ka drama ni, taram sudah) yang pasti ada, projek juta2 punya. mana main projek buat2 longkang, baiki tandas awam ni. suma nak bina hotel je. kt luar negara je. pastu pangkat nk Dato' je masing. secretary plak sure lawa punya. sure lah. lagi drama melayu ni yg sedap nye kn, kita dah boleh agak ending dy cmne. cukop2 seronok kan? dah laa story line lbeh kurang je. ending pulak yg sungguh hampeh. memang cilaka. sebab tu saya suka tgok kartun berbanding drama tv 1 2 3 melayu tuh. bukan apa, cuma dah bosan. haha. cuba skali skala kita tuka rncangan tv kita. seronok laa jgk kn? malam jumaat tengok semanis kurma ke. ehh. ustaz saya punya rancangan tu. jangan main2 sama saya (apa kes?)

xde lah. apa yang saya nak ckp sbenarnya ialah
pilih something yang baek untok diri kita. nmpk cm remeh dan xde adab je kan gelak setiap hari kuat2, gila2 smpai ketok meja, hentak2 kaki (cm kenal je org tu kt DM smap). tp korang tw tak yg sebenarnya gelak tu boleh menghilangkan stress dan juga penyakit?(cover diri sndiri) believe it or not? believe it baby. cuba laaa. insyaAllah boleh hilang stress mahupun masalah kamu sedikit demi sedikit. ingat, hidup ni hanya skali dan ia takkan indah jika anda tak menikmatinya. kalau kamu tak seronok hidup. cuba benda yg baru buat diri kamu. boleh punya :) kawan saya penah cakap kt saya, the healthiest response of life is joy. nama kawan saya tu deepak chopra. tak caya? nah 0145673546. call dia. oh ya, lupa. dia cuma cakap bahasa urdu. boleh ke?  

okay sampai sini saja contengan saya kali ni. nak post baru? roger saya di facebook, myspace (cm tahi je myspace) mahupun friendster (idop lagi ke mnde alah ni?) untok bagi idea bernas lagi bijaksana. saya amat meng alu alu kan nye :)






p/s i : terima kasih kepada AZLEEN ZAIHIRA  :)   kerana mem-promote diri si latip ini di dalam blog beliau. sila follow blog beliau di blog beliau ya (errr apa tu)   

p/s ii : follow dan like ye? jika tidak anda akan di bunoh !! haha  :D

Monday 2 May 2011

kerana mu Apple !

perkara ni dah lama berlaku. err takde laa lama sangat pun. baru dalam 3 4 minggu (lama ke tak?) okay kisah bermula begini. pada suatu hari yg sangat hening lagi bercuaca cerah. saya ke stesen KTM berdekatan rumah keluarga angkat saya ditemani kembar saya yakni emran. hal ini kerana saya ingin pulang ke rumah saya berjauhan dari sana. selepas membeli tiket untok ke serdang, saya pun masok dalam dan tunggu ketapi lah. saya memang suka naik public transport sebab ia amat jimat dan mampu menjana ekonomi negara kita yakni Malaysia. malah ia juga amat memjimatkan masa kita dengan menunggu dan menunggu public transport tersebut sampai berpeluhpeluh dan rasa seperti baru lepas bersukan. sungguh sihat kn? (damn it i'm lying) 


okay. seperti biasa jika saya keseorangan, saya akan memainkan pemain musik saya yakni iPod touch. dan seperti kebiasaan saya juga, saya akan dengar full volume (tak lama lagi pekak bisu lah aku). bila saya masok dan dudok je dlm ketapi tersebot, suma orang dlm ketapi tu memandang slack, sinis, tajam, lagi mengancam ketenteraman awam terhadap diri hina saya ni. ouh. musik kuat sangat rupanya. tapi apa saya kesah. saya punya telinga saya punya suka laaa nk dengar kuat mana kan? dengan slumber saya pergi dudok kt tempat kosong sebelah satu couple melayu sambil dengar iPod tersebut dengan membuat muka Faizal Tahir. (dah suma orang pandang, kne buat muka artis doe)


biasalah dalam train mesti ada pakcik2 yang syok sembang kan? adalaa sorang pakcik ni(melayu) saya namakan sebagai AB dok syok sembang dengan sorang lagi pakcik ni(india) yang mana saya namakan sebagai AC (dah mcm AC Mizal pulak, ahh mampos). sambil2 saya duk melayan lagu dan tukar2 lagu ni, dah nama iPod touch msti laa slide kn. ada laa brader sebelah saya usha cilaka dekat saya, ahh dengki lah tu(bisik hati mulia saya). tak kesah lah brader tu, senang cita pegi mampos lah dia. syok duk main slide2 , si AB ni saya nampak(tak dengar sbb dgr lgu kuat sgt) duk gagau2 poket kanan dia. ni mesti nk kuar hnset ni (bisik saya). lepas tu dengan slumber pakcik tu keluar hnset dia. pergh! orang tua ni pakai iPhone4 lah siaa. sure kaya pakcik ni.(jerit saya dalam hati). yelaa. maybe tak kaya kott tapi orang tua pakai iPhone4? jiwa muda tu weyy (bagi aku laa). okay laa saya pon sambong laa dgr lagu2 nasyid saya.(cehh)


pastu si AB ni bingkas bangon skali lagi dan gelabah menggagau2 poket kiri dia pulak. ni msti cari earphone ni (fikir saya dgn rasa rendah diri terhadap AB) ouh tidak sama sekali. AB bwk kluar iPhone4 sbjik lagi rupanya. aii pakcik ni tauke hnset ke apa? dah laa dua hnset, iPhone4 lak tu dua2. ni sah orang kaya. takpon lembu kaya pasal perut sumpah besau tak ingat (mengata plak, dosa2). si AB ni plak buat slumber jawab call bila abis je call je pegang dua2 iPhone4 dia tu sambil dudok megah lagi riak dan takabur. si AC ni plak yang tadi duk rancak bersembang dgn AB ni teros diam dan buat2 tak kenal sambil usha panas kt AB. india ni mesti dengki gila babas (kata saya). apa yang sangat sangat saya tak lupa ialah, time si AB tu dudok dia duk usha saya yang sedang dengar iPod touch ni sambil senyum sinis disertai mata yang agak menganjing lagi poyo. hampeh pakcik ni menonjok depan saya rupanya. dah laa menunjok, menganjing lagi tu. dah tua tu sedar diri laa wey. dah kaya harta. budi bahasa pulak yang miskin pakcik ni (bebel suara hati saya). saya pon apalaga, bingkas bangon usha setiap pelusok train tu mungkin ada kamera di celah mana2, mana tau AB ni duk shooting iklan Apple ke tak pon bambambom ke. hampeh tiada kamera langsong. untok cover malu saya, saya dengan tenang setenang air di laut sulawesi bangon dan dudok di tempat lain yang berjaohan dari AB yg berjaya menjatohkan maruah saya itu.


saya pon dudok sambil buat muka Anuar Zain seperti taktau apa yang berlaku(padahal dah segan gila kt pakcik cilaka tu). bila saya perasan je saya dah tiba di destinasi pilihan, tanpa meninggalkan kesan mahupun pesanan teros chow dari train puaka tersebut.


sejak dari hari itu, saya pon mula merendah diri dan mnjadi amat pendiam. =.='






moral of the story? lu pikir lah sendiri!












p/s: saya nak terima kasih kepada rakan saya pacat, pedot, dan syerol kerana sanggop mem follow blog saya ini walaupon bosan. anda bila lagi? :P

yay! post pertama yg indah purnama!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh !!
   

okay

 1st time ada block blog.. semacam seronok lah.. walaupon tak tahu apa nk buat..  saya ber blog pada asalnya atas dasar teramat sunggoh betapa paling nian bosan..(tatabahasa ke laut) .. ini pon sebab akak saya tolong (lah sangat!) sebab sesunggohnya saya teramat kuno ditambah lagi watak tambahan sebagai  katak di bawah tempurong.. 

Idea ini juga telah diilhamkan oleh blog seorang tabligh di skolah saya (ya saya skolah agama) .. sunggoh bermanfaat lagi mulia blog beliau dengan pelbagai sumber dan topik yang menarik kalbu saya untok teros membaca dan teros membaca dan membaca lagi sehingga terasa rabun (padahal mmg dah buta dari kecik) dan berpinar pinar mata kasar saya ini..

Bagi blogger blogger tegar lagi ketagih yang membaca akan blog bosan saya ini ,
sila beri tunjok ajar dan komen mana yang perlu.. saya amat sunggoh mengalu alukan komen yg membina , tajam , pedas serta membunoh haiwan haiwan jinak di kawasan perumahan (tiada kaitan dan sekali lagi tatabahasa berterabur) 
maafkan saya Cikgu Bahasa Melayu  :P